PUNB Biz

JUMPER GREAT

Graduate Entrepreneurship Training Program

OBJEKTIF

Memperkenalkan keusahawanan sebagai salah satu cabang kebolehpasaran graduan.
Melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas & teknikal sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar.
Membangunkan graduan dengan ilmu keusahawanan yang komprehensif.

SYARAT KELAYAKAN

1. Graduan bumiputera di Universiti Awam & Swasta (IPTA & IPTS), Politeknik & Kolej Komuniti.

2. Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda / Diploma / Sijil (Graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja).

3. Graduan yang masih belum bekerja sepenuh masa.

4. Belum ditawarkan sebarang program anjuran PUNB seperti JUMPER & PENJANA KPT-CAP.

5. Berumur 30 tahun dan ke bawah serta mengikut tarikh lahir.

6. Bersedia untuk mengikuti program yang ditetapkan secara sepenuh masa.

7. Berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

FAEDAH KEPADA PELATIH

1. Elaun sara hidup RM1,200.00.

2. Pendedahan dalam ilmu perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini.

3. Pembelajaran keusahawanan yang komprehensif.

4. Pemantauan selama 3 bulan.

5. Peluang mendapatkan insentif tamat program sebanyak RM1,000.00.

6. Berpeluang menyertai program JUMPER PUNB.